Home BlogAkademik Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 1443H dan SUMUR 2022

Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 1443H dan SUMUR 2022

by Admin

Sempena mengambil keberkatan menyambut kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan, majlis bacaan Yasin diadakan bersama-sama guru dan anak murid tingkatan 4 SMK Simpang Beluru.  Semoga amalan kita di bulan mulia ini diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan penuh barakah. Bulan ibadah, bulan ukhwah dan bulan pengampunan dosa. Rasulullah dan para sahabat sangat menunggu-nunggu kedatangan bulan yang mulia ini kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang sangat besar bagi orang-orang yang beribadah dan mengimarah bulan mulia,  bulan Ramadhan.

Panitia Pendidikan Islam saban tahun telah menyediakan pelbagai program bagi memupuk kefahaman dan kesedaran warga sekolah tentang peri pentingnya mengimarah bulan mulia ini. Semoga dengan adanya program yang disusun ini, pihak sekolah dapat bersama merapatkan barisan untuk menghidupkan amalan-amalan mulia di bulan ini.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Murid-murid dan warga sekolah dapat mengetahui latar belakang Bulan Ramadhan
  • Murid-murid dan warga sekolah dapat mengetahui kepentingan dan keistimewaan Bulan Ramadhan
  • Murid-murid dan warga sekolah dapat meningkatkan motivasi dan minat untuk beribadah dan menghidupkan Bulan Ramadhan dengan aktiviti yang baik.
  • Warga SMKSB berusaha memperbaiki bacaan al Quran sepanjang bulan Ramadhan

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam

Related Articles

Leave a Comment