Home Aktiviti Sekolah Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang Tahun 2022

Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang Tahun 2022

by Admin

Pelaksanaan program amalan Guru Penyayang adalah bertujuan untuk membudayakan sikap kasih sayang guru di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perlakuan menyayangi, mengasihi dan belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Program pelancaran kali ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Simpang Beluru iaitu Puan Norizah Binti Mohamed Ramli. Majlis dihadiri oleh guru-guru kelas tingkatan 5, murid tingkatan 5 dan murid PPKI mengikut SOP yang telah ditetapkan.

 

Related Articles

Leave a Comment