Home Aktiviti Sekolah Program Orientasi Murid Tingkatan 1

Program Orientasi Murid Tingkatan 1

by Admin

Saban tahun SMK Simpang Beluru akan menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu. Alam persekolahan di peringkat menengah merupakan dunia baharu bagi mereka. Mereka akan berhadapan dengan kemelut pendidikan yang semakin hari semakin mencabar dan perlu dihadapi dengan matang, sabar, berilmu bijaksana dan beristiqamah. Namun pada tahun ini situasi agak berbeza dan lebih mencabar kerana negara masih berhadapan dengan wabak Covid 19. Lantaran itu, program perlu disesuaikan dengan norma baharu bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan yang selamat.

Untuk itu, pematuhan prosedur operasi standard perlu dititikberatkan di mana semua yang terlibat dengan program perlu memakai topeng muka, mengambil suhu badan, menggunakan ‘hand sanitizer’, dan ada penjarakan fizikal. Sudah pasti keadaan ini menjadi suatu cabaran bagi guru yang mengendalikan program. Sehubungan itu, hanya aktiviti berbentuk taklimat dan aktiviti yang tidak melibatkan pelajar untuk berhubung rapat antara satu sama lain yang sesuai dilaksanakan  Semoga Allah akan permudahkan segala urusan dan program dapat dilaksanakan dengan lancar. 

Program ini bertujuan agar semua pelajar yang terlibat dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan peraturan-peraturan di sekolah menengah serta dapat mengamalkan nilai-nilai positif bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang  dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di alam sekolah menengah
2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang adab dan akhlak mulia yang perlu mereka amalkan demi menjadikan mereka sebagai warga SMK Simpang Beluru yang terdidik sahsiahnya.
3. Memotivasikan pelajar untuk meneruskan persekolahan alam menengah dengan penuh kesungguhan.

Disediakan oleh: Puan Badariah Binti Mohd Mohaidin, Kaunselor Sekolah

Related Articles

Leave a Comment