Home BlogAkademik Terima Kasih Guru Pelatih

Terima Kasih Guru Pelatih

by Admin

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Ia bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guruj dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.

Kempat-empat guru pelatih ini merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Terima kasih guru muda... Walaupun cuma seketika... Salah silap maaf dipinta... Di lain masa kita berjumpa...

En. Abdullah sani bin Majin, Pengetua
Ucapan terima kasih dari Cikgu Norfauzi yang juga merupakan bekas pelajar SMK Simpang Beluru (SPM 2013)

Related Articles

Leave a Comment