Tepat jam 11.00 pagi hari Khamis, 21 April 2022 bersamaan 19 Ramadhan 1443H, semua murid sekolah berhenti sebentar untuk MEMBACA apa jua bahan bacaan selama 10 MINIT demi mendorong rakyat Malaysia membaca. Program ini merupakan anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia.