Home Blog Sajak – Dadah Merentap Jiwa | Nasrah Addini

Sajak – Dadah Merentap Jiwa | Nasrah Addini

by Admin
Sahabat,
Tatkala engkau mula berjinak dengan rakan –rakan bejatmu
Kau umpama sedang berjinak-jinak dengan ular berbisa
Yang mampu membelit dan mematuk
Bisanya tak terubat…..parutnya pastikan terlihat
Sepanjang hidupmu
Sahabat,
Ketika kau cuba menyalakan api di puntung rokok itu
Ketika itulah kau sebenarnya sudah mula membakar masa depanmu
Cita-citamu bak kepulan asap yang hebat kepulannya…
Tetapi akhirnya…hilang lenyap di udara
Masa depanmu membusuk seperti bau mulutmu
Begitu jugalah maruahmu yang menguning kotor
Umpama gigimu yang mula mereput..berkarat dek sianida dan arsenik
Sahabat
Jika kau tega menyentuh narkotik..
Kau umpama menyentap dan merobek jantung dan isi perut ibumu
Yang lelah mengandung dan membesarkanmu
Kau tega merentap harapan… jiwa dan raga ayahmu
Yang berkeringat mencari nafkah sesuap
Ketika itu jugalah kau mula menyuntik racun-racun bisa
Yang akan memamah seluruh tubuhmu
Menjalar ke seluruh urat nadi lalu menguasai hati dan jantung
Racun dan bisa narkotik itu akan sebati dan menari dalam darahmu
Hingga kau jadi mayat hidup dan bangkai masyarakat
Negara dipenuhi zombi yang menghantui keharmonian
Dan sampah-sampah yang bisa membunuh kemajuan
Sahabat
Usah kau berpaling persimpangan kelam di kirimu
Usah tewas….usah ragu sebelum berjuang
Kerana bangsamu perlu menang…..demi cinta agama, bangsa dan tanah air

NasDini05

Sajak ini adalah karya milik Nur Nasrah Addini SMK SImpang Beluru
Sebarang peyalinan perlulah memohon kebernaran bertulis dari pihak sekolah.

Related Articles

Leave a Comment