Home Blog Kem Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara – Selangkah Menuju Pengakap Raja!

Kem Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara – Selangkah Menuju Pengakap Raja!

by Admin

Perkhemahan pengakap merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan pengakap yang dilaksanakan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Selain itu, ia juga akan dapat memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap menonjolkan kemampuan diri disamping mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru.

Matlamat kursus atau kem ini adalah untuk membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar, disamping menerapkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman antara ahli pengakap.

Dengan itu murid dapat memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian, menyemai semangat bekerja dalam kumpulan, mengukuhkan semangat jati diri, membina keyakinan dan ketrampilan diri serta memperolehi informasi mengenai skim latihan pengakap muda dan remaja.

Setelah menamatkan kursus ini, murid perlu melengkapkan buku log, menjalani ujian dan temuduga untuk mendapatkan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Rambu Pengakap Muda). Ini adalah di antara langkah permulaan menuju Pengakap Raja.

Berikut adalah senarai pelajar sekolah kita yang menghadiri kem tersebut:

  • MUHAMMAD BIN YUSRI – 3KAA
  • MUHAMAD ISMAIL BIN ZUL KAPLI – 3 OMEGA
  • SITI NOR SURIANA BINTI SABRAN – 3 INTEL
  • NURUL SYAKIRAH BINTI KHALIB – 3 KAA
  • NUR SAMIRAH BINTI MAT ARIF – 3 EXCEL
  • NORLIANA BINTI  SHAHRIR RAZMAN – 3 EXCEL
  • NUR AQILAH BINTI ABDUL RAHIM – 3 EXCEL
  • NURUL NASRAH ADDINI BINTI KHAINURI – 3 KAA
Maklumat berkaitan sijil dan lencana pengakap

Carta Perolehan Lencana Pengakap Raja

Laluan memperolehi lencana ke arah Pengakap Raja

Jom lihat foto-foto rakan kita semasa berkursus di SK Jenalik, Sauk, Perak.

Related Articles

Leave a Comment