Home BlogKlik Dengan Bijak EP21 – 5 Tips Keselamatan Siber

EP21 – 5 Tips Keselamatan Siber

by Admin

#1 JANGAN DEDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA.

Di internet jangan sesekali anda mendedahkan maklumat peribadi anda seperti nombor telefon, alamat rumah, kata laluan, maklumat perbankan atau maklumat sensitif. Pastikan ia di simpan dengan selamat.

#2 BINA KATA LALUAN YANG UNIK DAN KOMPLEKS

Pastikan kata laluan yang anda bina adalah kata laluan yang sukar digodam oleh penjenayah siber. Gunakan kata laluan yang memiliki campuran simbol, nombor dan huruf yang berbeza. Elak menggunakan nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nombor pendafatran kenderaan atau apa-apa nombor yang mungkin dapat di teka oleh orang luar.

#3 SENTIASA KEMASKINI PERISIAN KOMPUTER

Kemaskini perisian atau software komputer anda dan pastikan perisian anti-virus atau anti-malware sentiasa aktif untuk menghalang aplikasi luar daripada memasuki komputer anda bagi tujuan menyalin data peribadi atau merosakan sistem komputer anda.

 

#4 SEMAK KESAHIHAN LAMAN WEB

Pastikan anda melayari laman web yang betul dan sahih. Salah satu cara adalah dengan melihat pada URL laman web yang anda layari. Iaitu HTTPS bukan HTTP.. Laman web HTTP tanpa S bermaksud tiada “security” iaitu tiada ciri-ciri keselamatan. Anda mungkin terdedah dengan bahaya jika melayarinya.

#5 ELAK KLIK PAUTAN KE LAMAN WEB MENCURIGAKAN

Jangan klik pautan iklan yang mencurigakan yang mungkin akan membawa anda ke laman web yang tidak sepatutnya. Kehadiran anda ke laman web mencurigakan akan mendedahkan anda kepada risiko kecurian maklumat akibat kemasukan malware serta mendedahkan anda kepada risiko kerosakan sistem perisian komputer akibat kemasukan virus komputer.


Disediakan oleh: Annisa Nurhanim (4 KAA) & Qistina Alya (4 Sains 2)

Related Articles

Leave a Comment