19-20 April : Perkhemahan Unit Uniform SMK Simpang Beluru tahun 2025 dengan penyertaan seramai 89 peserta dari 6 unit uniform terdiri daripada unit Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Pengakap dan Pengakap Pendidikan Khas.
 Perkhemahan selama 2 hari 1 malam mengkhususkan asas ikhtiar hidup seperti memasang khemah, masakan rimba, pertolongan cemas dan disiplin semasa kawad kaki.
Diharapkan program ini memberi impak positif kepada semua peserta
Admin Laman Web SMKSB