Home Aktiviti Sekolah Laman Minda Sihat.. Let It Go! Feel Good!

Laman Minda Sihat.. Let It Go! Feel Good!

by Admin

Laman Minda Sihat SMK Simpang Beluru mula dibina pada 15 September 2022. Ia terletak di laluan utama terdapat banyak pihak yang menyumbang idea, jasa, tenaga dan wang ringgit dalam menjayakan misi sekolah membangunkan Laman Minda Sihat ini. Antara penyumbang utama ialah guru-guru sekolah sendiri. Pihak sekolah mengambil model jambatan Viktoria yang menjadi monument bersejarah di Enggor, Kuala Kangsar sebagai asas binaan gerbang di Laman Minda Sihat. Kami juga menyediakan tempat berswafoto berupa landasan keretapi yang terdapat di jambatan tersebut. Ini menjadikan Laman Minda Sihat SMK Simpang Beluru sangat menarik dan sesuai dikunjungi oleh warga sekolah dan juga masyarakat setempat untuk beriadah dan melakukan aktiviti-aktiviti bersesuaian seterusnya dapat mendamaikan jiwa yang dilanda masalah agar sentiasa tenang dan berfikiran positif. Laman Minda Sihat SMKSB juga menyediakan terapi air pancut yang diperbuat daripada buluh .Sesuai dengan keunikan bahan semulajadi ini menjadikan setiap pancuran air daripada buluh tersebut akan mengeluarkan bunyi air yang berbeza-beza. Pancuran air yang mengalir serta ikan yang berenang-renang di dalam Kolam Air Mata Kasih mampu Merawat emosi warga sekolah agar kekal tenang dan fokus dalam melaksanakan tugas-tugas harian.

MINDA SIHAT EMOSI TERJAGA KEHIDUPAN SEJAHTERA
LET IT GO, FEEL GOOD

Tema ini dipilih kerana kami mengharapkan pengunjung akan dapat meregulasi emosi negatif mereka setelah menikmati suasana laman yang indah, teraputik dan kondusif.

Kepelbagaian aktiviti yang tersedia di laman kami ini mampu memberi impak yang positif kepada emosi mereka untuk kesejahteraan hidup.

MAJLIS PERASMIAN LAMAN MINDA SIHAT

Perasmian Projek Laman Minda Sihat oleh YB Dato’ Hj Zainun Bin Hj Mat Noor
ADUN Chenderoh

Related Articles

Leave a Comment