Home Aktiviti Sekolah Majlis Pelancaran Mentor Mentee

Majlis Pelancaran Mentor Mentee

by Admin

Majlis Pelancaran Mentor-Mentee, SisKA dan SUMUR bagi tahun 2020 diadakan pada 20 Januari 2020 dan dirasmikan oleh Pengetua SMK Simpang Beluru, EN. Abdullah Sani Bin Majin. Berikut adalah huraian ringkas berkaitan program berkenaan.

Program Mentor-Mentee

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Tujuan:

  1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormatmenghormati antara mentor dan mentee. 
  2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. 
  3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
SisKA
Program
Homeroom di asrama harian dan dijenamakan semula sebagai Sistem Keluarga Asrama (SisKA). SisKA dirancang dan dibina selaras dengan tema Transformasi Asrama Harian iaitu Kemenjadian Murid Asrama Tanggungjawab Bersama iaitu untuk menggilap potensi murid bagi melahirkan murid berketrampilan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ia juga berbentuk kekeluargaan yang terdiri daripada pembimbing dan rakan-rakan sebaya yang akan membimbing dan membantu antara satu sama lain untuk kemenjadian murid dalam bidang sahsiah, kerohanian, kokurikulum dan akademik. 
 

Tujuan:

  1. Mewujudkan perasaan kekeluargaan dalam kalangan murid asrama agar asrama menjadi kediaman yang selesa, menyeronokkan dan dapat menarik murid untuk tinggal di asrama. 
  2. Mewujudkan hubungan yang akrab dan meningkatkan kerjasama antara guru dan murid dalam proses perkembangan diri murid asrama dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual. 
  3. Menyebarluaskan peranan mendidik murid asrama kepada semua warga pendidik di sekolah agar kemenjadian murid asrama menjadi tanggungjawab bersama.
  4. Meningkatkan keyakinan ibu bapa / PIBG terhadap kemenjadian murid asrama dengan turut sama terlibat dan memberi sumbangan dalam program yang dijalankan di asrama.
SUMUR

Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

Matlamat program ini adalah untuk:

  1. melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain
  2. sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
  3. mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian
  4. mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup
  5. berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma
Sumber rujukkan: Laman Web KPM

Jom sertai Saluran Telegram Galeri Fotografi SMK Simpang Beluru

Related Articles

Leave a Comment